Sijil Pelukis Pelan Seni Bina

:::... Sinopsis Kursus V04 - SPS ...:::


Sijil Pelukis Pelan Seni Bina merupakan satu kursus kemahiran di dalam menyediakan lukisan seni bina. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan.

Pelajar dalam kursus ini juga akan dilatih sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja seni bina (Architectural working drawing) , membuat lukisan bagi kerja tambahan/pengubahsuaian bangunan kecil , menggunakan pelbagai teknik rendering , pembuatan model serta memahami dan mentafsir peraturan kecil bangunan.

Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai ;
  • Pelukis Pelan
  • Pereka Lanskap
  • Perekabantuk Terbantu Komputer (CAD)
  • Perekabantuk Model Bangunan
:::... Modul-modul di bawah Kursus Sijil Pelukis Pelan Seni Bina ...:::

Lukisan Geometri Senibina

Modul ini akan memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam lukisan senibina. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis garisan dan penghurufan dalam lukisan disamping mengetahui konsep geometri, unjuran ortografik, isometrik dan oblik.

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam

Modul ini memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan undang-undang berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menyediakan lukisan. Penekanan akan diberi kepada kehendak perancangan seperti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Undang-undang Bangunan.
Lukisan Kerja 
Modul ini mengandungi 2 tahap iaitu Lukisan Kerja 1 dan 2. Lukisan Kerja 1 memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang penyediaan lukisan kerja untuk projek pembinaan. Lukisan Kerja 2 mendedahkan pelajar kepada asas Binaan Kayu Dan Keluli, Perkhidmatan Bangunan Dan Lukisan, Kejuruteraan Awam dan Lukisan Struktur Konkrit Bertulang.
Lukisan Persembahan 
Modul ini mengandungi topik fungsi Lukisan Persembahan di dalam Kajian Senibina, Media dan Alatan Asas Melukis, Teknik Asas Lukisan serta Penghasilan Lukisan Persembahan dengan menggunakan pelbagai media warna.
CADD 
Modul ini mengandungi 3 tahap iaitu CADD 1, 2 dan 3. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina. CADD 2 mengandungi perintah CADD dalam 2 dimensi sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja manakala CADD 3 mengandungi perintah CADD dalam 3 dimensi sehingga dapat menghasilkan lukisan persembahan 3D.