PEPERIKSAAN AKHIR

PELAJAR SIJIL SEPENUH MASA  

PERATURAN DAN TATATERTIB PEPERIKSAAN


   SYARAT-SYARAT UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
1.1       Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum dibenarkan menduduki sebarang peperiksaan :
1.1.1          telah mendaftar pengajian;

1.1.2          telah mendaftar modul berkenaan;

1.1.3          telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangka masa yang ditetapkan kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan. Bagi pelajar yang sakit hendaklah mengemukakan Surat Akuan Doktor. Surat akuan doktor swasta adalah terhad kepada DUA (2) hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari sesemester.

  % Kehadiran   =                           Jumlah hadir      X 100                                            
               (Jumlah patut hadir) – (Jumlah tidak hadir dengan kebenaran)



ARAHAN AM PEPERIKSAAN

Arahan ini perlu dibaca oleh Ketua Pengawas sebelum peperiksaan dijalankan :

1.                Calon diminta duduk pada nombor meja yang telah ditetapkan.

2.                Calon diminta meletakkan kad pelajar dan kad pengenalan pada sudut kanan atas meja.

3.                Calon diminta mengisi maklumat calon di muka hadapan buku jawapan dan slip kehadiran. Sila koyakkan slip kehadiran dan letakkan bersama kad pelajar.

4.                Calon tidak dibenarkan membawa masuk sebarang nota bertulis, meniru, cuba meniru atau memberi tiru, membuat bising dan berkomunikasi antara calon.

5.                Calon tidak dibenarkan membawa masuk sebarang peralatan elektronik. Sila matikan telefon bimbit dan letakkan di bawah meja.

6.                Calon tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan dalam masa 30 minit pertama selepas peperiksaan bermula dan 15 minit sebelum peperiksaan tamat.

7.                Calon diminta menyemak kertas soalan dan pastikan telah mendapat kertas soalan yang betul.
(Sila nyatakan nama kursus / kelas, kod modul dan nama modul pada sesi peperiksaan berkenaan serta bilangan muka surat).

8.                Masa menjawab soalan adalah selama 2 jam bermula pada jam ____________ sehingga ______________. Pelajar dibenarkan menjawab mulai sekarang.

SELAMAT BERJAYA DIUCAPKAN