Thursday, August 12, 2010

KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN TAPAH,PERAK DARUL RIDZUAN


Selain memberi pendidikan dan latihan dalam bidang Sijil Pelukis Pelan Senibina   sepenuh masa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kolej Komuniti Cawangan Tapah juga menyediakan dan menawarkan kursus-kursus pendek kepada semua lapisan masyarakat setempat di bawah Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).


PSH merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sepanjang hayat dengan tujuan untuk:-
- Meningkatkan pengetahuan
- Mendapat kemahiran
- Hobi
- Tambah nilai (added value)
- Punca dan ruang untuk menjana pendatan tambahan,dan
- Mengukuh dan meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri seterusnya menyumbang kepada    masyarakat,alam pekerjaan dan ekonomi keluarga serta menjana pembangunan modal insan dan melahirkan‘knowledge worker’.


SYARAT KELAYAKAN MASUK KURSUS PENDEK

Terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira had umur dan tahap pendidikan.

YURAN PENYERTAAN

RM 5.00 hingga RM 20.00

CARA MEMOHON

Kepada yang berminat untuk menyertai kursus-kursus pendek yang dianjurkan, anda perlu bertindak dengan salah satu cara dibawah:-


1.Mengisi dan menghantar borang permohonan  secara "ON-LINE" yang disediakan dalam website ini.


2.Menghubungi terus Kolej Komuniti Cawangan Tapah ,untuk sebarang pertanyaan
  Telefon 05-401 0072 Faks 05-401 0073.


3.Mengisi borang pendaftaran menyertai kursus pendek ke alamat dibawah:-



Pengarah,
Kolej Komuniti Cawangan Tapah,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Lot 9396, Wisma Chan Poh Lim,
35000 Tapah Perak.



_________________________________________________
SENARAI KURSUS -KURSUS JANGKA PENDEK YANG
 DITAWARKAN SEPANJANG TAHUN 2011
_________________________________________________
1. Kursus Sulaman Manik -5 Jam

2.Kursus Asas Sulaman Tangan -5 Jam

3. Kursus Asas Keusahawanan -8 Jam

4. Kursus Microsoft Office -8 Jam

5. literasi Internet -8 Jam

6. Kursus Asas Pembangunan Laman Web / Blog -8 Jam

7. Kursus Sketchup -8 Jam

8. Kursus Asas Al-Quran Dewasa -8 Jam

9. Kursus Asas Bahasa Arab -8 Jam

10. Kursus Basic English skills -8 Jam

11. Kursus Insentive Grammar -8 Jam

12. Kursus English For Fun -8 Jam

13. Kursus Communication English -8 Jam

14. Kursus Adobe Photoshop -8 Jam

15. Knitting and Crothet ( Mengait) -8 Jam

16. Kursus Landskap dan Pengurusan Nurseri -8 Jam

17. Kursus Penanaman Cendawan Tiram -8 Jam

18. Kursus Penulisan Kertas Kerja Perniagaan -8 Jam

p/s : Selain dari kursus yang disenaraikan di atas,peserta boleh juga mencadangkan apa-apa kursus pendek yang ingin disertai. Pihak pengurusan kolej akan mempertimbangkan segala permohonan berdasarkan kemudahan dan keperluan semasa.

CEPAT !!! DAFTAR SEGERA!!! TEMPAT TERHAD!!!


Tarikh kursus adalah tertakluk kepada permintaan dan kesesuaian.


* Kursus akan dijalankan apabila sesuatu kursus yang ditawarkan mencapai sekurang- kurangya
  15 pendaftaran peserta.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:-


 Telefon Pejabat di talian: 05-4010072 ext 108